“Tak Sangka Jadi Viral..” – ‘Followers’ Naik Mendadak, ‘Abang Bomba’ Terima Komen ‘Nakal’ & Sanggup Belanja

Kehidupan

“Tak Sangka Jadi Viral..” – ‘Followers’ Naik Mendadak, ‘Abang Bomba’ Terima Komen ‘Nakal’ & Sanggup Belanja

Boleh dikatakan sejak sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos yang lalu, jumlah ‘peminat’ abang-abang bomba yang membuat perarakan ketika itu semakin ramai dan terbukti apabila pengikut di media sosial masing-masing naik mendadak.

Menurut Mohamad Elyias Afendi, 32, sepanjang beliau berkhidmat di Bahagian Kejuruteraan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), perarakan pada tahun ini merupakan kali kedua dia menyertai, namun tidak sangka akan mendapat perhatian yang luar biasa.

Advertisement

Tambahannya lagi, dalam tempoh tiga hari, permintaan untuk menjadi rakan di Facebook mencapai hingga 5000 rakan, manakala di TikTok pula, dia memiliki 1000 pengikut dalam tempoh yang sama.

Ada pelbagai komen saya terima termasuk komen nakal daripada wanita tidak dikenali. Saya tidak layan kerana tidak mahu ‘hanyut’ dalam fasa tular ini

Selain itu, seorang daripada 20 orang ahli bomba yang turut viral semasa perarakan itu iaitu Muhammad Redzwan Haziq, 27, tidak sangka mendapat sambutan yang hebat memandangkan ini merupakan kali pertama dia menyertainya.

Dia memberitahu, setelah menjadi tular di platform media sosial, ada yang belanjanya makan dan pengikut di media sosial juga naik sebanyak dua kali ganda.

Ada ramai juga wanita hantar kiriman mesej di Facebook cuma saya abaikan yang berbaur nakal dan tidak sepatutnya.

Penangan menjadi viral juga telah membuatkan jadual mereka menjadi padat kerana perlu pergi ke sesi temubual serta fotografi dengan pihak media.

Kebanyakkan ahli bomba yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan tersebut telah meraih perhatian yang cukup dasyat daripada orang ramai dan hingga kini mereka menjadi bualan warganet.

abang bomba
2 years ago

"Wow N*nen!" - Video Abang Bomba Penuh Komen Wanita 'Gatal', Netizen Rasa Tak Selesa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...