Tak Perlu ‘Renovate’, Wanita Ini Kongsi Idea Dekorasi Rumah Kecil Tapi Nampak Mewah!

Kehidupan

Tak Perlu ‘Renovate’, Wanita Ini Kongsi Idea Dekorasi Rumah Kecil Tapi Nampak Mewah!

Rumah yang bersaiz sederhana dan comel bukan lagi perkara asing untuk rakyat Malaysia. Kalau dah kreatif, rumah yang biasa-biasa pun boleh upgrade jadi luar biasa. Betul tak?

Tambahan pula, rata-rata penyewa juga kadangkala tidak dibenarkan membuat renovasi memandangkan rumah tersebut hanyalah rumah sewa.

Advertisement

Pun begitu, perkongsian Puan Nurr Ayienn di laman Facebook nya baru-baru ini meraih perhatian warganet dek penghasilan sebelum dan selepas rumahnya.

Menariknya, wanita ini berjaya mendekorasi rumah tanpa melakukan sebarang renovasi tau! Yang penting nampak luas dan selesa sangat.

Gambar-gambar itu turut dikongsikan di Laman Dekorasi Rumah Sebelum Dan Selepas. Menurut wanita ini, proses untuk menyiapkan laman ruang tamu dan dapur ini memakan masa hanya 3 bulan sahaja.

Dekorasi rumah

Deko rumah

 

Wah, memang tampak eksklusif dan menarik sangat, kan. Walaupun tak boleh lakukan renovation, itu bukan halangan ya untuk wanita ini dan suaminya menghias rumah.

Khabarnya, persiapan untuk bilik tidur dan mini garden pun sudah 80% siap. Wah mesti ramai yang tak sabar nantikan sentuhan citarasa pasangan ini.

Apapun, semoga perkongsian ini memberi sedikit inspirasi dan idea untuk korang yang nak menghias rumah ya.

Mula-sikit-sikit pun tidak mengapa, lama-lama nampak lah hasilnya tu.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...