Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Perlu Makan Pil Putihkan Kulit Dan Mancungkan Hidung, Yakin Dengan Diri Sendiri – Nabila Huda

Sebagai seorang selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai, pastinya ada antara mereka sanggup berhabis sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan untuk tampil cantik. Ada yang buat rawatan pemutihan kulit, mancungkan hidung, rawatan agar gigi lebih teratur menghasilkan senyuman yang lebih menawan dan macam-macam lagi.

Advertisement

Namun, pelakon berbakat Nabila Huda ataupun mesra dengan panggilan Abil tidak terkesan dengan sesetengah komen netizen yang seakan “menghina” beliau sebagai wanita berkulit gelap. Abil mahu menjadi dirinya sendiri dan  tidak terlalu serius mengenai isu kecantikan yang agak subjektif.

Buat Abil setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri. Tidak perlu mengubah apa yang mereka ada semata-mata untuk kelihatan lebih menarik.

Kenyataan Abil itu turut disokong oleh netizen termasuklah rakan artis yang memuji sikap sederhananya.

Kecantikan sebenar tidak seharusnya dilihat dari segi penampilan luaran semata-mata. Janganlah paksa diri untuk tampil cantik hanya untuk memuaskan hati orang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 Comments

  1. mamaraniaraisya

    May 14, 2018 at 9:25 am

    sekarang ni NH happy dengan kehidupan peribadi dia.. sebab itu keyakinan dia di tahap melangit… baguslah…semoga pendirian itu tidak akan berubah meskipun sebarang ribut taufan melanda dalam hidup NH suatu hari nanti..tapi boleh tambah sikit. tanpa pil dadah, arak n rokok lagi chanteekk..

  2. poktur

    May 10, 2018 at 4:12 pm

    yg beli produk putihkan kulit ni tak belajar sains..bebal bebenau..kalau dah genetic kau hitam melekat mcm kopi, kau nak putih menda!! makan sekoyan pun product tu, kau takkan putih samdol! yg jual product hanya ambil cream sapuan biasa berkilo2 dan pack kan kecil2 kononnya berfomula putihkan kulit..samdol2 semua pergi beli..mmg samdol dan bahlol..bodoh tak boleh diajar..

  3. San Marino

    May 10, 2018 at 7:31 am

    I tengok kat ntv7 Hidung Fazura kat gol dan gincu tak setinggi semancung seksrsng. Kulit pun tak cerah ,Gusi pun nampak kalau senyum. Apa procedure untuk buat supaya gusi tak nampak kalau senyum?

  4. AntiPropa

    May 9, 2018 at 6:16 pm

    Propa je lebih Abil ni. Sah2 kau ambil injection dekat Sajat. Nama kau terang2 kat white board untuk appointment. Come on laaaaaa kulit kau sebelum ni lagi teruk tup2 cerah. Haishhhhh over tau!!

    • Anonymous

      May 9, 2018 at 11:27 pm

      Hahaha kantoi kau abil..dia kuar statement ada udang balik mee..

  5. Anonymous

    May 9, 2018 at 6:14 pm

    Bagus lah x makan supplement untuk kurus. Tapi kenalah jaga jugak kebersihan kulit dan badan kita. Lama2 bawah terik matahari pun boleh kena skin cancer. And jangan lah nampak kepam sangat nanti org pun x nak tengok…pastu meroyan bila orang lain lebih dapat banyak job or dapat jadi duta. Skrg boleh lah cakap besar nanti esok2 bila dah sendu baru nak ingat. Fans skrg suka tgk pelakon yg bersih and healthy life style. Hari2 mkn nasi byk badan naik pun x guna.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama