Tak Perlu Berjauhan Lagi Dengan Keluarga, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Di Usia 21 Tahun

Hiburan

Tak Perlu Berjauhan Lagi Dengan Keluarga, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Di Usia 21 Tahun

Meskipun baru berusia 21 tahun, penyanyi muda Masya Masyitah khabarnya telah berjaya memiliki rumah keduanya hasil daripada kerjayanya sebagai penyanyi.

Dia yang baru sahaja membeli sebuah rumah tiga tingkat yang bertempat di Kajang, Selangor pada Disember lalu berkata, hasrat untuk membawa seluruh keluarganya untuk tinggal bersama akhirnya menjadi kenyataan.

Advertisement

Ujarnya lagi, mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah tersebut pada hujung tahun hadapan memandangkan kediaman tersebut masih lagi diubahsuai dan juga tergendala disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan kini.

BACA: Dikecam Merentas Negeri Untuk Pulang Ke Kampung, Masya Masyitah Mohon Maaf

“Alhamdulillah, memang impian saya nak belikan sebuah rumah yang lebih selesa untuk seisi keluarga dan akhirnya hasrat itu tercapai tahun lalu. Saya beli guna duit kemenangan selepas menang pertandingan Yippi Star Quest 2020 yang diadakan pada Oktober tahun lalu.”

Terdahulu, penyanyi lagu Halimunan itu telah membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium di Puchong, Selangor secara tunai pada tahun 2018.

Perkembangan lain, penyanyi itu dilaporkan baru sahaja mengeluarkan lagu single terbaru berbahasa mandarin yang diberi tajuk Jiu Meng Xin Su yang bermaksud ‘Old Dreams New’ yang kini sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...