Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi

Isu “flat earth” yang ditimbulkan oleh Suhaimi Saad menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik. Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

suhaimi saad

Advertisement

Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi Saad, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi Saad ini. Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.

mufti wp

mufti wp
mufti wp

Namun begitu, Suhaimi Saad bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab “flat earth” ini.

Advertisement

flat earth

Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi Saad. Salah satu komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Fuh. Memang pedih kalau Suhaimi Saad membaca komen tersebut.

wp

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, orang macam Suhaimi Saad ini kalau kita bawak dia naik angkasa lepas dan tunjukkan bahawa bumi ini memang betul-betul bulat, turun balik ke bumi pun dia akan cakap flat earth jugak. Nanti banyaklah alasan yang digunakan. Konon kena hipnosis la, itu semua green screen la. Tak pun paling koman dia kata itu bukan bumi tapi planet Pluto. Tak gitu? Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

86 Comments

  1. xxxxx

    February 19, 2019 at 1:35 am

    It says that the earth is like the NEST of an ostrich egg, not like the shape of an egg.? Don’t overlook that if the quran really states that the earth is a sphere/ball that brings up new questions. Showing that diagram of the ball earth and us praying to space helps us debunk living on a globe even more, a human with common sense would ask how do we all face 1 direction on a globe ? Truth is you cant because its non existant, just like newtonian physics its a load of unsupported scientology crap.Do we really know though? Just because science says and science studies show? Is science 100% accurate and fully objective. Or is it just a theory to explain the unknown?Science is a theory that changes every period in time. Science once proved earth was flat now it says it round. Now it says the earth spins around the sun. How do we really know with certainty that one day will not actually find out that sun actually moved and the earth is stationary

  2. Anonymous

    February 19, 2019 at 12:10 am

    the epitome of ignorant piece of shit. one who always wants to be right despite sounding stupid as f*ck.

  3. Anonymous

    February 18, 2019 at 11:39 pm

    dia da dapat apa yang dia nak.. perhatian dr kita rakyat malaysia.. dia nak kita perkatakan dia.. so untuk org yg iq tinggi mcm dia ne, jawapannya adalah just ignore him.. jgn layan org mcm ne walau sesakit hati mana pun kita dengan statement bodo piang dia ne.. ckp mcm tk belajar tinggi.. ckp mcm takde agama.. asal boleh je.. kita dah tegur.. mufti dah tegur.. but org ego mcm ne, sampai dia ke liang lahad sekalipun kita takkan menang.. paling ye pun kita dpt sakit hati yg melampau2.. kesian kt bini dia sama.. tp tak kisah lah org tua dua org ne.. yang aku kesiankan anak2 dia.. semoga Allah pelihara anak2 org egoistik mcm dorang ne.. statement bini dia takleh kalah jugak.. jgn sampai bila mati esok, merangkak nak cr dorang mntak maaf.. the heck la weyy.. takde kuasa la nk mntk maaf atas sebab yg tk bersebab.. both of them are nonsense..

  4. Lalok

    February 18, 2019 at 10:49 pm

    Saya ngak bisa mengedar kpd semua bangsa ketika saya berkuasa , tapi saya berjaya tinggalkan untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya SS dan mengapa saya Membiarkan saja -Pablo Escobar-

  5. Siti

    February 18, 2019 at 8:34 pm

    Bekas PM ada bukti ok..! Jgn nk kaitkan dgn kes si SS ni..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top