Tak Patut Marah Budak-Budak Tu, Watak ‘Sotong’ Puncanya – Namron Sindir Sharnaaz Ahmad?

Hiburan

Tak Patut Marah Budak-Budak Tu, Watak ‘Sotong’ Puncanya – Namron Sindir Sharnaaz Ahmad?

Baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad yang memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara dikecam teruk oleh netizen kerana “tweet” berbaur ugutan dan mahu “tibai” Instafamous Faiz Roslan gara-gara memuat naik  video tarian dengan aksi tergedik-gedik serta lucah dengan ketika bulan Ramadhan.

Advertisement

Isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi aktor Namron yang seakan menyindir Sharnaaz. Menurut Namron, Sharnaaz tidak harusnya melenting dengan sikap Faiz Roslan, mungkin sahaja selebriti media sosial itu terpengaruh dengan watak lelaki lembut ataupun ‘sotong’ lakonan Sharnaaz suatu masa dahulu.

Kerana watak itu, remaja lelaki sanggup untuk berpakaian seperti wanita semata-mata untuk menghasilkan video parodi.  Namron berpendapat Sharnaaz sepatutnya merasa bangga kerana lakonannya itu berjaya mempengaruhi serta memikat hati penonton.

Biasalah, isu tengah panas pasti akan ada banyak pihak memberikan komen serta pendapat masing-masing. Faiz Roslan pun sudah tampil memohon maaf, malah Sharnaaz juga sudah tidak memuat naik sebarang status mengenai perkara itu lagi. Harapnya apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat semua. Fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu video ataupun gambar agar tidak mengundang sebarang salah faham ataupun fitnah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...