Pelakon berbakat, Noorkhiriah tidak menyangka sama sekali kuali yang digunakannya untuk memasak telur telah menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik video memasak secara suka-suka.
Malah, ada segelintir netizen yang bertindak mengecamnya kerana mendakwa kuali yang digunakan kelihatan seperti tidak bersih.
Dia yang pada mulanya menganggap isu itu sebagai remeh kemudiannya tampil memberi penjelasan yang sebenarnya.
View this post on Instagram“Kalau ikutkan malas nak layan komen-komen mengarut ni tapi kadang-kadang kena beritahu juga. Sampai bila nak kena pijak-pijak. Bukan tahap akak nak gaduh-gaduh dengan netizen, dah tua dah.”
AdvertisementPelakon drama Nur ini juga berasa hairan atas sikap sesetengah netizen yang mempunyai perasaan sakit hati atas apa yang dilakukan orang lain. Dia tampil menjelaskan bahawa kuali berkerak itu adalah karat besi dan bukannya lendir seperti yang didakwa netizen.
Dalam entri instagramnya itu, Noor Khiriah mengatakan video tersebut dibuat atas dasar suka-suka untuk peminat yang mengikuti perkembangan beliau.
“Video itu saja suka-suka hiburkan hati tapi ada yang sakit hati kenapa pula? Tayang kereta, rumah dan handbag kata riak. Padahal biarlah usaha masing-masing. Post kuali berkerak..malas katanya kalau rajin sangat marilah tolong garas,”
Meninjau ruangan komen video penjelasan tersebut, ramai peminat menasihati Noor Khiriah supaya tidak mempedulikan netizen yang menghentamnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Loading...