Tak Mahu Tinggal Rukun Islam, Nubhan Cari Alternatif Dirikan Solat Dalam ‘Fitting Room’

Hiburan

Tak Mahu Tinggal Rukun Islam, Nubhan Cari Alternatif Dirikan Solat Dalam ‘Fitting Room’

Tidak pasti sama ada surau dalam pusat membeli-belah kini tutup atau tidak, penyanyi Nubhan khabarnya tetap berusaha untuk mendirikan tiang agama itu apabila dia mencari alternatif lain dengan mendirikan solat dalam bilik persalinan.

NubhanSumber : Instagram Nubhan 

Dia dilihat telah berkongsi video pendek yang memaparkan situasi tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

Penyanyi lagu duet Sekali Lagi bersama Siti Nordiana itu turut menunjukkan cara mudah ketika menggunakan kemudahan itu di sebuah premis pakaian dengan tujuan untuk mendirikan solat.

“Sekarang ni kalau pergi mall, surau semua tutup. Jadi apa yang kita kena buat adalah, menggunakan segala kemahiran kepala otak yang ada ni untuk tetap solat supaya tidak tinggal. Adoila..tapi surau maal ni saya tak tau tutup ke tak. Sebab jauh dan malas nak tawaf, jadi inilah cara paling senang.”

Meskipun begitu, Nubhan tidak pula mendedahkan lokasi pusat membeli-belah yang dikunjunginya itu kepada peminat.

Dalam video tersebut, penyanyi itu turut dilihat mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum membawa sehelai baju kemeja ke bilik persalinan sebuah butik pakaian sebelum menunaikan solat.

Turut bersama dengannya, isteri tersayang iaitu Afifah Tawfek. Manakala ketika meninjau ruangan komen, rata-rata peminat memberikan respon positif di atas perbuatan penyanyi tersebut yang beranggapan bahawa Nubhan tetap mencari cara meskipun berada dalam kepayahan untuk menunaikan rukun Islam itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...