October 20th, 2020

Kecoh sebelum ini di media sosial mengenai sindiket penggubahan wang haram atau dikenali sebagai ‘Macau Scam’ dalam kalangan orang kenamaan dan juga artis terkenal.

Ini berikutan modus operandi yang menggunakan populariti artis tempatan untuk kegiatan ‘cuci duit haram’ yang kononnya dilakukan menerusi pelbagai usaha sama seperti perniagaan yang didakwa sah dan berdaftar.

Terbaru,pelakon nama Chacha Maembong pula terpalit dengan isu ini apabila didakwa sesetengah pihak bahawa dia telah menerima dana perniagaan daripada individu berstatus ‘Dato’ yang kini sedang disiasat oleh pihak SPRM.

Walau bagaimanapun, Chacha tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit menerusi beberapa entri di ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.Menurut Chacha, tuduhan sedemikian adalah amat berat dan boleh menjatuhkan reputasinya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan kini.

Dia kemudian menafikan penglibatan dirinya dalam sebarang aktiviti haram Macau Scam dan juga perjudian online. Malah, Chacha turut mengakui tidak mengenali siapa Dato’ Zaidi Kanapiah yang dikatakan telah menyumbang dana dalam perniagaannya.

Dalam pada itu, Chacha menjelaskan bahawa gambarnya bersama individu yang ditahan SPRM bernama ‘Datin Alya’ itu merupakan gambar lama iaitu sekitar tahun 2017 yang hanyalah dikenalinya sebagai kenalan dan bukanlah sebagai rakan karib.

View this post on Instagram

@cmsecrets_official #livelifetothefullest #ccm #alhamdulillah

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Menegaskan bahawa segala dana perniagaannya itu adalah hasil daripada titik peluhnya sendiri, Chacha dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang dan menggesa pihak terlibat supaya tampil memohon maaf secara bertulis agar namanya dapat dibersihkan daripada segala fitnah.


4 responses to “Tak Kenal Siapa Dato Z, Chacha Maembong Nafi Dana Perniagaannya Hasil Daripada Sindiket Macau Scam”

  1. Anonymous says:

    Adik-beradik Maembong ni rapat gila kot dgn Datin Alya Suhaila….
    MMg logik sangat la kalau si Maembong ni ada kena mengena dgn MACAU Scam.
    Setiap party Datin mmg ada menpel je muka si Cacha Marba ni….

  2. Anonymous says:

    Chacha marba…..

  3. zack says:

    jangan caya la minah ni… memang betol pon…. tangkap je

  4. Anonymous says:

    Tajuk tu salah. CHACHA bukan EMMA

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...