Tak Kedekut Senyuman, Personaliti Dipuji, Pekerja 7-Eleven Tular Di Twitter Terima Pengiktirafan

Kehidupan

Tak Kedekut Senyuman, Personaliti Dipuji, Pekerja 7-Eleven Tular Di Twitter Terima Pengiktirafan

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter dimana terdapat seorang pengguna bernama Shafiqah Othman membuat sebuah ciapan dimana dia memuji seorang pekerja kerja serbaneka 7-Eleven yang tidak lokek memberi senyuman serta pertolongan kepada pelanggan.

Pekerja yang bernama Al Amin, 28, itu difahamkan berasal daripada Bangladesh dan beliau juga sudah bekerja di 7-Eleven Bukit Jelutong, Shah Alam selama lima tahun.

Advertisement
Pekerja 7E bukit jelutong terima pengiktirafanSumber : Twitter 

Dalam ciapan yang lain pula, individu wanita tersebut memberitahu semasa dirinya mengunjungi kedai tersebut, dia melihat pekerja itu sedang membantu seorang pelanggan mendaftar nombor telefonnya.

Menyedari kebaikan yang dilakukan oleh Al Amin, pihak 7-Eleven tidak melepaskan peluang dengan memberikan pengiktirafan kepada individu tersebut kerana melakukan kebaikan sekali gus mengharumkan nama mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter serta yang pernah mengunjungi 7-Eleven tempat individu lelaki itu bekerja mengucapkan tahniah dan merasakan Al Amin sememangnya layak menerima pengiktirafan itu.

Pekerja 7E bukit jelutong terima pengiktirafanSumber : Twitter 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan dibawah.

Shidee
2 years ago

Kenal Emak Tapi Kahwin Dengan Anak, Shidee Akui Ambil Masa Pulih Hubungan Dengan Mertua Gara-Gara Perkahwinan Tidak Direstui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...