Rasanya hampir setiap anak muda ataupun penonton tegar YouTube akan mengenali pempegaruh Ammar Nazhan kerana kontroversi yang sering dicetuskan.
Kerana dikenali sebagai ‘pencetus kontroversi’, sekali lagi jejaka tersebut telah menimbul satu isu yang membuat dirinya menjadi topik utama yang dibincangkan di kalangan warganet.
Menerusi perkongsiaan video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok baru-baru ini, kelihatan Ammar sedang mengelap kakinya mengguna tudung dan ianya dianggap tidak senonoh oleh netizen.
Bukan saja merasakan tindakannya itu tidak senonoh, malah netizen merasakan lelaki terbabit telah menjatuhkan martabat wanita berhijab.
Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, ramai yang mengecam youtuber terbabit dan merasakan ‘gurauan’ dia kali ini sememangnya sudah melebihi batas.
Malah, netizen turut sudah meneka dengan lebih awal selepas tercetusnya isu ini, youtuber berkenaan akan memohon maaf seperti yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
anonymous
May 17, 2022 at 2:25 pm
rupa dan akhlak seangkatan BUROKKK teramatt
Anonymous
May 17, 2022 at 2:01 pm
SETUJU. just “unfollow”
Anonymous
May 17, 2022 at 12:26 pm
knp ada org yg masih follow manusia yg generate income dari respon korg terhadap content soc med dia? cuba x yah follow… biar dia miskin papa kedana sbb xde org nk tgk content dia