Tak Dapat Sambutan Di Indonesia, Drama Nur Disiarkan Satu Episod Sahaja

Hiburan

Tak Dapat Sambutan Di Indonesia, Drama Nur Disiarkan Satu Episod Sahaja

Naskah yang pernah popular dan menjadi sebutan peminat drama tempatan, Nur arahan Shahrulezad Mohameddin khabarnya tidak mendapat sambutan penonton Indonesia apabila ianya ditayangkan menerusi saluran televisyen, MNCTV.

Difahamkan, drama Nur hanya mampu bersiaran selama satu episod dan telah digantikan dengan drama atau sinetron lain daripada negara itu.

Advertisement
Poster NurSumber : Google  

Ini berikutan Nur tidak mencapai jumlah tontonan atau rating yang bagus di saluran TV berkenaan.

Menghubungi pengarah dan penerbit drama popular itu, Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat itu berkata Nur dihasilkan mengikut selera penonton rakyat Malaysia bukannya Indonesia.

“Kalau betul Nur hanya ditayangkan satu episod saja pun, bagi saya tidak ada isu. Lagi pula saya menghasilkan drama ini mengikut selera penonton kita, bukan ikut kehendak penonton di sana. Jadi apabila drama ini ditayangkan di sana, kita tak jangka ia akan diterima atau tidak. Selera penonton berbeza.”

Enggan membesarkan isu itu, Shahrulezad menjelaskan bahawa penerimaan penonton adalah berbeza jadi dia enggan memberi komen lanjut mengenai isu tersebut.

Menurutnya lagi, sebuah lagi stesen TV negara seberang,  Indosiar turut menayangkan drama yang mengambil idea daripada jalan penceritaan Nur yang berjudul Bismillah Cinta yang ditayangkan jam 7 malam.

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan drama Nur lakonan pelakon hebat Syafiq Kyle dan Amyra Rosli ini bakal ditayangkan di platform MNC Media bermula 13 April lalu.

Pelakon Drama NurSumber : Google  

Program ini merupakan kerjasama antara stesen Malaysia Berhad dengan MNCTV dalam usaha untuk memperkenalkan lagi drama terbabit ke negara jiran tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...