August 26th, 2020

Mendedahkan dirinya langsung tidak pernah merancang untuk bekerja dalam industri lakonan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui percaya dengan aturan Allah yang telah disusun untuk dirinya.

Tak Dapat Jadi Peguam, Uyaina Arshad Percaya Ada Hikmah Dirinya Bergelar Artis

Katanya, beliau seakan tidak menyangka bahawa seorang anak kampung sepertinya mampu menceburi bidang pengacaraan dan lakonan bersama orang-orang hebat di dalam industry hiburan.

“Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang-orang hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu.”

Dalam pada itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ini juga turut mengingatkan orang ramai khusunya golongan muda supaya tidak berasa bersalah sekiranya tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari ketika menuntut di universiti dahulu.

Tak Dapat Jadi Peguam, Uyaina Arshad Percaya Ada Hikmah Dirinya Bergelar Artis

“Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia-sia. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu. Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua dan jadi orang yang berguna kepada masyarakat.”

Bagai mula mencipta nama, kini Uyaina sering menjadi rebutan para penerbit dan pengarah drama untuk mengetengahkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Tak Dapat Jadi Peguam, Uyaina Arshad Percaya Ada Hikmah Dirinya Bergelar Artis

Terbaharu, Uyaina difahamkan sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang bersama barisan pelakon hebat yang lain antaranya Kamal Adli, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Malah, sehingga kini, ada sahaja kelibat Uyaina beraksi di kaca televisyen, baik dalam bidang lakonan, mahupun pengacaraan.


2 responses to “Tak Dapat Jadi Peguam, Uyaina Arshad Yakin Ada Hikmah Dirinya Bergelar Artis”

  1. S.O.S signal aka Fans EXIT says:

    Semoga makin lama makin bersinar sis Uyaina . InsyaALLAH .. Amin

  2. Anonymous says:

    YASSS

Leave a Reply to S.O.S signal aka Fans EXIT Cancel reply

Loading...