‘Kita sebagai warganegara Malaysia, berbudi bahasa itu merupakan perkara penting yang sememangnya perlu dititikberatkan setiap kali berjumpa ataupun menegur orang tak dikenali.
Membahasakan seseorang itu sebagai akak, adik, abang, pak cik ataupun mak cik merupakan gelaran yang biasa digunakan oleh masyarakat, lagi-lagi bercakap dengan orang berniaga.
Bagaimanapun, seorang wanita di Facebook ini meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang memasuki ke kedainya untuk bertanya sesuatu, tetapi memanggilnya dengan gelaran ‘akak’.
Apa yang membuatkan wanita itu kurang senang kerana ‘customer’ tersebut jelas kelihatan lebih tua daripadanya dan meminta agar pelanggan itu menilai dahulu sebelum memanggilnya ‘akak’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan luahan wanita itu kerana ia dianggap seperti satu perkara yang tidak perlu diperbesarkan pun.
Malah, netizen turut berkata wanita ini perlu bersyukur pelanggannya masih berbudi bahasa dengan memanggilnya ‘akak’ daripada dia berkata dengan kasar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Anonymous
June 19, 2022 at 7:14 am
Sy masih bebeh org panggil macik, ok jak.
Anonymousjugak
June 19, 2022 at 3:11 am
Hahahaha…comment semua hahahaha…betul la kata dorang, sendiri penampilan camtu…bukak business ni nak kena sabar…cuma hal kecik aja bual malu diri sendiri
Anonymous
June 18, 2022 at 8:58 pm
alahai.. mcm tu pun jd isu.. mkcik ni umur 50 pun.. org pnggil akak lg.. hee..
Perasan Sungguh Dia "ADIK"
June 18, 2022 at 5:07 pm
alah okla tu panggil akak. muke pun tak sesuai dipanggil adik. jgn kata dah pakai make up kot? mata lebam – pakai make up lok2 sikit. baju pun kasi tukar, dah nampak macam makcik2 pakainya. tak presentable langsung. sebab tu kena dengan panggilan akak tu. btulla apa anon kata, kang panggil makcik, nenek lagi kau meroyan.
Kiki
June 18, 2022 at 4:00 pm
Masalahnya tgk muka dia pun macam 40an jugak.