April 25th, 2019

Enggan pelbagai lagi spekulasi tercetus, PU Abu yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas mengerjakan ibadah umrah, tidak mahu memberikan sebarang kenyataan ketika diserbu oleh pihak media sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Tenang menjawab segala soalan, PU Abu memberitahu orang ramai tidak mengetahui  cerita sebenar disebalik kemelut yang melanda. Hanya keluarga bekas isteri, Ain Afini , Hana Azraa dan ibu bapanya sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tiada siapa pun tahu cerita sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga di pihak bekas isteri dan Hana. Saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketka ini. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian.

Ditanya adakah benar beliau dan Hana sudah bernikah, PU Abu bagaimanapun bertindak mengunci mulut. Tidak mahu berikan sebarang komen kerana selama ini kenyataan beliau diputar belit oleh ramai pihak.

Minta maaf, saya tak boleh beri apa-apa komen. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun.

Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media. Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi, saya tak nak cakap apa-apa setakat ini.

Terdahulu, selepas dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, PU Abu akhirnya tampil memohon maaf. Apa yang berlaku kini membuatkan beliau menyesal dengan perbuatan dan ketelanjuran yang sudah dilakukannya.

Sumber Berita : mStar Online


74 responses to “Tak Boleh Cakap Banyak, Semua Kenyataan Saya Diputar Belit – PU Abu”

  1. apeeee says:

    done report page pmpuan jahat tu…makin berani post pic ngn si punai tu…means mmg diorg dh sah nikah kt sana…

    mmg jenis xde perasaan belas ikhsan pd ex wife…huhu mmg spesis jering

  2. Abu Laahap says:

    Kisah abu dan telor. Punai abu kejang2 nak sondol cipap.

  3. Anonymous says:

    Geng ude wahid dan ashraf muslim cerai bini dan berlagak ustad tapi pakai seluar sempit

    Semoga kifarah kepada anak mereka … baru tahu macam mana perasaan emak bapa yg mereka aniyaya

  4. abu says:

    abu…….toh

  5. Echah says:

    Mohon pihak Astro keluarkan kenyataan tarik balik gelaran Pencetus Ummah (PU) pd En Abu Sufyan ni. Merosakkan dunia dakwah, buatkan masyarakat was was dgn golongan ulama.. semak juga kelulusan agama En Abu Sufyan ni..

Loading...