Tak Boleh Cakap Banyak, Semua Kenyataan Saya Diputar Belit – PU Abu

Hiburan

Tak Boleh Cakap Banyak, Semua Kenyataan Saya Diputar Belit – PU Abu

Enggan pelbagai lagi spekulasi tercetus, PU Abu yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas mengerjakan ibadah umrah, tidak mahu memberikan sebarang kenyataan ketika diserbu oleh pihak media sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Advertisement

Tenang menjawab segala soalan, PU Abu memberitahu orang ramai tidak mengetahui  cerita sebenar disebalik kemelut yang melanda. Hanya keluarga bekas isteri, Ain Afini , Hana Azraa dan ibu bapanya sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tiada siapa pun tahu cerita sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga di pihak bekas isteri dan Hana. Saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketka ini. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian.

Ditanya adakah benar beliau dan Hana sudah bernikah, PU Abu bagaimanapun bertindak mengunci mulut. Tidak mahu berikan sebarang komen kerana selama ini kenyataan beliau diputar belit oleh ramai pihak.

Minta maaf, saya tak boleh beri apa-apa komen. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun.

Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media. Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi, saya tak nak cakap apa-apa setakat ini.

Terdahulu, selepas dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, PU Abu akhirnya tampil memohon maaf. Apa yang berlaku kini membuatkan beliau menyesal dengan perbuatan dan ketelanjuran yang sudah dilakukannya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...