“Tak Berkaliber Langsung” – Maya Karin Idam Watak ‘Mahsuri’, Tapi Ramai Tak Suka Kalau Syamsul Jadi Pengarah?

Hiburan

“Tak Berkaliber Langsung” – Maya Karin Idam Watak ‘Mahsuri’, Tapi Ramai Tak Suka Kalau Syamsul Jadi Pengarah?

Selepas kejayaan filem tanah air Malaysia berjudul Mat Kilau yang tidak disangka ramai, kini ada khabar angin mengatakan akan ada terbitan filem sejarah yang sememang diketahui masyarakat iaitu mengenai seorang gadis berasal dari Pulau Langkawi bernama Mahsuri.

Susulan khabar angin itu, pelakon jelita Maya Karin meluahkan hasratnya ingin mencuba memegang watak utama sebagai Mahsuri seandainya filem itu diterbitkan dan lagi seronok jika ia dibawah arahan Syamsul Yusof yang juga pengarah filem Mat Kilau.

Advertisement

Hasratnya itu diluahkan dalam media sosialnya, Twitter dan meminta pandangan orang ramai mengenai perkara terbabit.

Akan tetapi, netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan Maya Karin, dimana mereka merasakan Syamsul Yusof sama sekali tidak layak untuk mengarah filem Mahsuri.

Netizen berasa gembira jika Maya memegang watak sebagai Mahsuri tetapi sememangnya menentang jika pengarah Mat Kilau terbabit mengarah filem Mahsuri di masa akan datang.

komen twitter

komen twitter

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan netizen yang tidak bersetuju Syamsul menjadi pengarah filem Mahsuri kerana mereka merasakan pengarah dan juga pelakon itu memang berkaliber untuk menghasilkan filem yang ‘meletop’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

kes dera budak maut kepong
2 years ago

Budak Lelaki 3 Tahun Ditemui Maut, Disyaki Didera Pengasuh Di Kepong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...