“Tak Berani Belek, Naik Bulu Roma” – Tengah Syok Memancing, Jumpa Batu & Sampul Berisi Gambar Seperti Disihir

Kehidupan

“Tak Berani Belek, Naik Bulu Roma” – Tengah Syok Memancing, Jumpa Batu & Sampul Berisi Gambar Seperti Disihir

Apa korang akan buat kalau waktu tengah buat aktiviti atau hobi kegemaran, tiba-tiba terjumpa sesuatu yang seram dan menaikkan bulu roma?

Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut selepas dia terjumpa satu sampul surat bersama batu bata ketika sedang memancing ikan.

Advertisement

Kejadian tersebut berlaku di bawah Jambatan Telok Sengat (Jambatan Highway E22 Senai – Desaru) dan selepas ternampak surat diikat pada batu itu, dia berusaha untuk menariknya ke dasar.

Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati surat itu mengandungi gambar pasangan dipercayai suami isteri seperti ia digunakan untuk menghantar sihir.

Jelasnya, jika memang tuan empunya badan ada mengalami sesuatu ada terjadi apa-apa terhadapnya atau ahli keluarga, mungkin itulah penyebabnya.

Mungkin ini penyebabnya ada orang cuba santet ahli keluarga anda. Bila saya amati ianya seperti sihit pemisah.”

Kata individu itu lagi, pada gambar perempuan yang berdiri di sebelah lelaki berkenaan, ia seolah-olah tertutup dengab sesuatu seperti tanah hitam atau tanah kubur.

Dia juga akui tidak berani untuk melihat atau cuba memerhati dengan lebih terperinci kerana mula berasa seram.

Tak berani nak belek kerana bulu roma dah berdiri.”

 

Posting itu mendapat perhatian ramai warganet di Facebook dan rata-ratanya mendoakan agar pasangan di dalam gambar itu berada dalam keadaan baik.

Segelintir yang berkongsi pengalaman mereka dan sesetengah netizen berharap jika benar ia sihir, ia terbatal kerana ada pihak yang menjumpainya.

Bagaimanapun, seorang lelaki mendakwa bahawa individu di dalam gambar tersebut merupakan rakannya dan memaklumkan mereka baik-baik sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

(VIDEO) "Aku Tak Boleh Tengok Bini Dia Senang" - Dengki Dapat Layanan Baik Suami, Wanita Disihir Adik Beradik Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...