Tak Bawa Masalah Peribadi Ke Tempat Kerja, Pengarah Shuhaimi Lua Puji Sikap Profesional Nadia Brian Di Set Penggambaran

Hiburan

Tak Bawa Masalah Peribadi Ke Tempat Kerja, Pengarah Shuhaimi Lua Puji Sikap Profesional Nadia Brian Di Set Penggambaran

Meskipun dihimpit kontroversi panas ketika ini, pelakon Nadia Brian telah mendapat pujian daripada pengarah Shuhaimi Lua kerana masih boleh bersikap profesional dan tidak pernah membawa masalah ketika berada di set penggambaran.

Shuhaimi mendedahkan bahawa Nadia yang kini sibuk menjalani penggambaran drama arahannya yang berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk slot Samarinda di TV3 masih boleh membezakan antara perihal peribadi dan juga kerjaya.

Advertisement

Mengakui tiada masalah yang timbul dan penggambaran drama berkenaan berjalan dengan lancar, Shuhaimi ambil maklum bahawa pelakon wanita itu kini berdepan dengan ujian rumah tangga.

“Tipu kalau saya kata tak tahu apa yang berlaku. Dia ada bercerita kerana kami memang rapat sejak awal kariernya. Tapi apa yang boleh saya kata dia tak bawa masalah itu ke set saya, semua pelakon ceria macam biasa dan tidak nampak lagi menganggu proses penggambaran.”

Menurut pengarah dan juga penerbit itu lagi, kontroversi rumah tangga Nadia ini sebenarnya sudah agak lama timbul dan telah lama diperkatakan orang industri. Namun sikap profesioanal Nadia itu sangat dikaguminya dan dia juga sempat memberi nasihat buat pelakon itu agar berjumpa dan berbincang secara baik dengan suami dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

Meskipun sering saja bekerjasama dengan pelakon yang terhimpit dengan pelbagai kes dan kontroversi, Shuhaimi menjelaskan bahawa isu panas yang terpalit ke atas mereka sama sekali tidak menjejaskan drama arahannya.

Hanya memandang isu tersebut daripada sudut positif, Shuhaimi menganggap apa yang terjadi dapat membantu dari sudut publisti kerana drama dan pelakon bakal menjadi sebutan para penonton.

“Lagipun peminat sekarang dah pandai menilai, mereka fokus dengan karya atau drama dan ketepikan hal peribadi pelakon kerana bagi saya kalau drama itu best mesti mereka akan tengok..jadi pada saya kontroversi yang membabitkan seseorang artis salam sekali tidak menjejaskan sebuah drama!” – Shuhaimi Lua

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...