June 6th, 2020

Pelakon berbakat, Balkiysh Semundur Khan yang terkenal dengan watak dalam telemovie Mak Cun mengakui tidak mencari lelaki yang kaya dan punya banyak harta untuk menjadi pasangan hidupnya.

Apa yang penting baginya kini, hanya kebahagiaan anak-anak yang dititikberatkan dan berharap bakal suaminya dapat memberi kasih sayang dan ikhlas terhadap anak-anak dan juga dirinya.

Dia yang berkongsi luahan hati di laman instagram miliknya itu turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu ‘menumpang’ kesenangan orang lain kerana semua itu boleh diusahakannya sendiri.

“Siapa tak nak hidup senangkan. Memang hidup kami tak sesenang orang lain, tapi bagi saya duit itu kita boleh usaha cari,”

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..drp balqisyh khan dan anak2..aka atul..aka edora…

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss) on

Dia yang kini bergelar ibu tunggal mengakui ada di kalangan rakan-rakan menyuruhnya mencari lelaki kaya supaya hidup lebih terjamin. Namun baginya, biarlah segala kesenangan itu diusahakan sendiri dan lebih gemar hidup bersederhana.

Posting berkenaan telah memberi inspirasi kepada peminat yang mengikuti perkembangan pelakon ini di media sosial. Semoga Balkiysh sentiasa tabah menghadapi liku-liku dan cabaran kehidupan pada masa akan datang.


5 responses to ““Tak Ada Rasa Nak Cari Lelaki Kaya,” Balkiysh Semundur Khan Pentingkan Kebahagiaan Anak-Anak”

  1. Anonymous says:

    rupa so so je.. nama pun tak berapa nak ada kak. sorry jujur.

  2. Anonymous says:

    yelah tu..`abis tu knpa nikah dgn anak opah…

  3. Anonymous says:

    Pernah nampak dia di S’pore Expo. Peramah & mudah tersenyum. Kalau nak ikut rupa tak lah ada rupa sangat atau secantik cam artis2 yg lain.

  4. Anonymous says:

    Yess.. untuk apa nak besuami lagi kalau kau dah happy dengan anak2. Baik nasib suami baru kau nak kan anak kau. Buat nyaa dia guna mak je. Kesihan kat ank2

  5. Anonymous says:

    org kaya pun memilih tak nak yg anak berderet. nak yg cantik & muda & mungkin yg highly educated jugak kak

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...