“Tak Ada Cara Lain Ke?” – IGShop Buat ‘Giveaway’ iPhone Tapi Letak Syarat Berbaur Gangguan Seksual?

Kehidupan

“Tak Ada Cara Lain Ke?” – IGShop Buat ‘Giveaway’ iPhone Tapi Letak Syarat Berbaur Gangguan Seksual?

Baru-baru ini tular di laman Twitter, ciapan mengenai seorang IG shop yang membuat giveaway iphone percuma, namun syarat-syarat yang diletakkan telah mengundang kemarah orang ramai.

Advertisement

Menerusi ciapan tersebut, dipercayai IG shop yang menawarkan iPhone percuma itu telah meminta beberapa orang untuk melakukan ‘ujian kematangan’ bagi memenangi giveaway tersebut.

Difahamkan, salah seorang mangsa IG shop tersebut merupakan seorang gadis yang baru sahaja berusia 17 tahun namun terkena gangguan seksual dari pemilik akaun IG shop itu.

igshop

Sekarang covid kan banyak PdPR so phone saya dah teruk lagging crack sana sini.

Jelas mangsa, dia terdesak untuk menggunakan telefon baru kerana memerlukan telefon bimbit yang lebih sesuai untuk meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Selepas menghantar direct message (DM) kepada IG shop itu, gadis itu kemudiannya harus menghantar gambarnya yang boleh menampakkan bentuk badan di sesetengah tempat yang sensitif dan disifatkan agak melampaui batas.

Saya tanya takde cara lain ke? Dia kata takde cara lain, kena ikut step tu.

Meninjau diruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan IG shop berkenaan.

Giveaway berujung sexual harrasment,” tulis seorang netizen.

Please jangan kecam adik ni. Some people really struggle to survive. Jangan cakap iphone, android sekarang pun harga kayangan so mungkin nak beli android pun dia tak mampu. But she realised her mistakes and that’s the most important thing. Advice but don’t bash her for it,” tulis seorang pengguna Twitter.

hospital kerajaan ketinggalan zaman
2 years ago

"Dah 2022 Hospital Masih Pakai Kipas, Sedih!" - Netizen Geram Kerajaan Tak 'Upgrade' Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...