Tahun 2018 Datuk Seri Vida Mahu Fokus Kumpul Saham Akhirat

Hiburan

Tahun 2018 Datuk Seri Vida Mahu Fokus Kumpul Saham Akhirat

Meskipun sering  tampil dengan imej ceria ataupun “happy go lucky”, tahun lepas pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida menghadapi pelbagai cabaran disebalik setiap kemewahan yang orang luar nampak terutama sekali dalam bidang perniagaan dan juga kehidupan peribadi beliau selepas sah bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad.

Advertisement

Namun, untuk azam tahun baru, beliau tekad untuk melupakan segala kenangan pahit dan menjadi seorang wanita yang tabah dan mahu fokus mengumpul saham akhirat.

Kegagalan rumah tangga, hal melibatkan bisnes dan hal lain tahun lalu memang cukup pahit Jadi pada tahun  ini saya mahu buang perkara lama yang pernah terpalit pada diri. Memang tak cukup kuat untuk hadapinya. Sebab itulah saya mahu sokongan semua dan mahu mengumpul saham akhirat.

Tambah Vida, beliau bakal mendirikan  sebuah madrasah yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz Raudatul Jannah di Tanah Merah, Kelatan seluas 3 ekar tidak lama lagi. Maahad yang berunsur moden dan canggih itu bukan sahaja fokus kepada hafalan Al-Quran sahaja tetapi akademik juga.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...