“Tahu Agama, Tutup Aurat” – Noki K-Clique Dambakan Wanita Berpurdah Untuk Calon Isteri

Hiburan

“Tahu Agama, Tutup Aurat” – Noki K-Clique Dambakan Wanita Berpurdah Untuk Calon Isteri

Penyanyi dari kumpulan K-Clique yang namanya meningkat naik, Noki kini menjadi tumpuan peminat setelah dia dilihat semakin popular dalam dunia lakonan.

Buat Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini dan berharap agar dirinya akan terus merendah diri walaupun sedang menjalani hidup dalam populariti yang memuncak.

Advertisement

Bagaimanapun, tak mustahil apa yang kita dapat sekarang bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semula. Hidup ini umpama roda dan kita tak semestinya akan selalu di atas dan begitu juga sebaliknya.

Kata anak kelahiran Sabah ini, dia memasang impian untuk membeli rumah buat ahli keluarga di kampung meskipun terpaksa bekerja keras dan susah mencari rezeki di ibu kota Kuala Lumpur.

Manakala dari sudut peribadi, Noki yang ditemui Harian Metro ini mengakui bahawa dirinya masih tidak memiliki teman wanita.

Ujar Noki, dia bukan terlalu memilih calon isteri namun dia mahu menstabilkan kewangan sendiri sebelum berganjak ke fasa seterusnya.

Ditanyakan mengenai ciri-ciri wanita idaman, Noki menginginkan seseorang yang berpurdah dan mempunyai ilmu agama yang baik.

Kalau tanya mengenai wanita idaman, saya dambakan seorang yang berpurdah. Kalau boleh yang tahu banyak mengenai agama, aurat apa dan tak perlu saya ajar.

Namun begitu, Noki menyedari dia juga perlu memperbaiki diri agar menjadi orang yang lebih baik dan positif sebelum menyunting seorang wanita yang diingini menjadi seorang isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Gangguan Seksual Ni" - Wartawan Teruk Dikecam, Selak Baju Noki Depan Kamera Waktu 'Interview'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...