(TAHNIAH)Zed Zaidi Dikurniakan Bayi Lelaki, Ryan Ziqry Nama Diberi

Hiburan

(TAHNIAH)Zed Zaidi Dikurniakan Bayi Lelaki, Ryan Ziqry Nama Diberi

Nampaknya minggu ini memang minggu Zed Zaidi. Pagi tadi, kira-kira jam 9.30 pagi, Zed Zaidi telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ryan Ziqry. Bayi seberat 4.32 kilogram ini telah dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Zed Zaidi dan isteri atas berita gembira ini.

zed zaidi dapat anak

Advertisement

Zed Zaidi nyata teruja kerana mendapat peluang melihat kelahiran anak sulungnya apabila dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan. Teringat kenangan Abang Nara masa melihat wife dibedah untuk melahirkan anak. Abang Nara tak sanggup nak tengok sebab takut dengan darah. Memang pengalaman tersebut tak boleh digambarkan dengan kata-kata seperti kenyataan Zed Zaidi di bawah:-

Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat.

Apa pun jutaan tahniah kepad Zed Zaidi dan isteri, Natalia Mustafa Kamal atas kelahiran bayi sulung mereka ini. Semoga Ryan Ziqry akan membesar dengan sihat. Selamat bergelar ayah dan ibu. All the best dan good luck!!!

whatchuwantP.S: Gambar di atas ialah klu untuk grand prize peraduan Whatchuwant daripa Xpax. Abang Nara serius tak dapat nak teka apakah hadiah yang sangat awesome ini? Takkanlah Batman punya kereta pulak kan? Bawah ini ada satu lagi gambar yang sengaja di”blur”kan oleh Whatchuwant Xpax untuk menambahkan rasa ingin tahu kita semua.

whatchuwantSiapakah mereka yang beruntung untuk mendapatkan hadiah grand prize Whatchuwant ini? Abang Nara sekarang nie selang sejam mesti klik link http://bit.ly/WCWGrd untuk tengok klu-klu yang diberikan. Kalau korang nak join teka apakah grand prize yang ditawarkan nie, boleh hantar tweet menggunakan ##PeekWhatchuwant. Namun kepada yang terasa nak menang grand prize ini, jangan kecewa sebab masih ada masa lagi.

whatchuwant

Pilih mana-mana plan yang anda mahukan dan pastikan anda menjadi salah seorang yang boleh memenangi grand prize yang akan diketahui pada 30 Julai ini. More info di www.xpax.com.my/whatchuwant.php

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...