(TAHNIAH) Yana Samsudin Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Yana Samsudin Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Pelakon Yana Samsudin kini disahkan telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu.

Advertisement

Menurut suaminya, Fadzil Zahari anak keduanya itu dilahirkan pada 7 November lalu. Malah menegaskan isterinya akan berpantang di kampungnya di Johor.

“Dah bersalin beberapa hari lepas, cuma kongsikan hari ini. Yana akan berpantang di kampungnya di Johor.”

Terdahulu, Fadzil tampil memaklumkan perkhabaran gembira itu di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Yana dalam sebuah posting di laman Instagram juga mendedahkan beliau kini akan berehat daripada dunia permainan video.

“Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan daripada game streaming dan En Ketua Rumah @fadzilzahari akan teruskan stream, sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya huhu.”

Sekadar informasi, Yana telah sah menjadi isteri kepada Fadzil pada 13 Februari 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...