(TAHNIAH) Tasha Shilla Selamat Bertunang Selepas Dua Bulan Berkenalan

Hiburan

(TAHNIAH) Tasha Shilla Selamat Bertunang Selepas Dua Bulan Berkenalan

Bila jodoh sudah bertemu pastinya dua hati akan bersatu jua, itulah ungkapan yang sesuai untuk pelakon Tasha Shilla yang telah melangsungkan pertunangan bersama pilihan hati, Muhammad Atiq Idris di Aireka Space, Empire Damansara petang tadi selepas berkenalan selama dua bulan.

tasha shilla bertunang

Advertisement

Begitu bahagia penuh rasa cinta di hati, Tasha berkata dia gembira akhirnya bertemu cinta sejati.

Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.

tasha shilla bertunang

Tak sangka segala perancangan dipermudahkan. Saya tidak menjangkakan majlis pertunangan akan berlangsung semeriah ini. Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa. Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini.

Menurut Atiq pula, dia terpikat dengan keperibadian Tasha yang baik lemah lembut dan penyayang hingga membuatkan dia tidak tunggu lama untuk menyunting pelakon itu menjadi suri hatinya.

tasha shilla bertunang

Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.

Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat.

tasha shilla bertunang

Pada majlis itu, pihak lelaki menghadiahkan sebentuk cincin, tepak sirih, dan beberapa hadiah lain kepada pihak perempuan. Sebelum ini, Atiq menghantar rombongan merisik pada 1 Februari lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Dreamlab Studio & Mahligai Cinta TV3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...