(TAHNIAH) Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Timang Cahaya Mata Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri tercinta, Noor Nabila yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Advertisement

Nabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Prince Court Medical Centre awal pagi tadi. Lebih bermakna dan manis lagi, tanggal 30 Ogos hari ini merupakan hari jadi Sharnaaz juga.

Khabar gembira ini mula dikongsikan oleh Neelofa menerusi Insta Stories. Selepas itu, Sharnaaz turut memuat naik ucapan tanda penghargaan buat isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka dan memberikan hadiah yang cukup istimewa dan bermakna buat beliau.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Sharnaaz dan isteri, semoga keluarga mereka ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki dengan kehadiran orang baru. Tak sabar pula kami ingin melihat wajah anak mereka, tentu comel bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...