(TAHNIAH) Selepas Keguguran Julai Lalu, Syatilla Melvin Kini Sah Hamil Lagi

Hiburan

(TAHNIAH) Selepas Keguguran Julai Lalu, Syatilla Melvin Kini Sah Hamil Lagi

Selepas diuji dengan keguguran pada bulan Julai lalu apabila mengalami pendarahan teruk, kini pelakon Syatilla Melvin dikejutkan dengan khabar gembira beliau sah sedang hamil.

Advertisement

Berita gembira itu diumumkan oleh beliau sendiri menerusi akaun Instagramnya. Syatilla sendiri tidak sangka akan kembali berbadan dua secepat ini.

Kandungan saya sudah memasuki dua bulan. Alhamdulillah ini adalah rezeki Allah. Ye la, sebelum ini kan saya pernah keguguran. Memang saya dan Sam tak jangka pun akan secepat ini lekat. Tapi sudah rezeki kami berdua.

Buat Syatilla, kehamilan ini adalah hadiah yang terindah dan cukup bermakna bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Shaheizy Sam yang ke 36 pada Selasa (semalam).  Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat pasangan ini dan semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...