(TAHNIAH) Ramona Zamzam Hamil 3 Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Ramona Zamzam Hamil 3 Bulan

Nampaknya permulaan bulan Ramadhan ini memberikan seribu satu makna buat beberapa artis tanah air, jika beberapa hari lepas kita mendengar berita gembira bahaw Fizo Omar bakal bergelar bapa tidak lama lagi, hari ini pelakon Ramona Zamzam pula mengesahkan beliau kini sedang hamil tiga bulan.

Advertisement

Dua bulan sebelum disahkan hamil, saya mula jadi seorang yang kuat tidur siang dan situasi itu umpama anda tidur malam hari malah sangat nyenyak selain kitaran haid yang tidak normal. Perkara itu berlarutan beberapa hari sehinggalah kami mengesyaki sesuatu sebelum ke klinik untuk mendapatkan kepastian.

Alhamdulillah doktor sahkan saya hamil dan kami memang terkejut kerana tidak menjangkakan perkara ini.

Merupakan seorang yang agak aktif, suami Ramona yang cukup teruja dengan kehamilan tersebut melarang Ramona untuk membuat kerja-kerja di rumah. Malah,  suaminya mengambil semua tanggungjawab menjaga rumah tangga mereka termasuk membasuh baju dan mengemas rumah.

Jujurnya saya seorang yang aktif tetapi apabila dilarang membuat sebarang kerja saya jadi tertekan sehingga menjadi seorang pemalas dan kerja saya hanya makan… haha. Selera makan pula memang bertukar daripada suka masakan Melayu kepada hidangan barat dan buah-buahan kegemaran suami saya. Ada yang mengusik bayi dalam kandungan mungkin lebih kuat genetik daripada suami.

Membasuh, menyidai baju dan mengemas rumah semuanya suami lakukan kerana tidak mahu saya membuat sebarang kerja walaupun tugas itu bukannya susah sangat kalau saya hendak buat.

Ramona dan suaminya,  Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...