(TAHNIAH) Pelakon Raja Ilya Sudah Dilamar Cinta Hati

Hiburan

(TAHNIAH) Pelakon Raja Ilya Sudah Dilamar Cinta Hati

Pernah memberitahu beliau mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan seorang lelaki dari Australia, pelakon Raja Ilya membuktikan kata-katanya itu bukanlah sekadar angan-angan semata apabila beliau akhirnya dilamar cinta hatinya beberapa hari lalu.

Advertisement

Memuat naik foto sebentuk cincin yang sangat cantik disarungkan di jari manisnya, Raja Ilya memberitahu kini beliau sudah bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai TWG. Beliau juga sempat bercerita tentang saat romantis ketika beliau dilamar.

Ia adalah kejutan lamaran daripada TWG dan keluarga. Mereka merancang semuanya bersama teman baik saya di mana kami pergi ke Pulau Langkawi untuk suatu acara. Di pulau itu, teman baik saya mengajak makan malam di sebuah restoran. Saya hanya mengikut. Tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik yang dimainkan band di restoran terbabit.

Dia melutut di depan saya dan melamar. Semua ini berlaku tiga hari lalu. Bayangkan, dia buat semua itu di depan orang ramai dan keluarga. Terasa bagai menjalani penggambaran drama pula. Sungguh tak disangka tetapi saya amat gembira.

Buat masa ini beliau dan tunang masih belum menetapkan tarikh tertentu untuk majlis bahagia mereka, tetapi Raja Ilya merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Raja Ilya dan pasangan. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...