(TAHNIAH)Nurul Huda Wahab dan Eric Depp Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Hiburan

(TAHNIAH)Nurul Huda Wahab dan Eric Depp Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, Nurul Huda Abdul Wahab (35 tahun) telah sah bergelar isteri kepada Eric Daniel Depp (47 tahun) dengan hanya sekali lafaz. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di Duchess Place, Ampang.

gambar nikah nurul huda wahab

Advertisement

Lafaz akad nikah yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris menyaksikan Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak EURO5,000 (kira-kira RM20,000). Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara. Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Jutaan tahniah sekali lagi kepada Nurul dan Eric Depp atas perkahwinan ini. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin ~~ Kredit info dan foto kepada Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...