Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Noryn Aziz yang dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 5. Persembahan Noryn pada malam ini mendapat pujian terutama sekali ketika menyanyikan lagu rap Where Is The Love ketika ‘battle round’ bersama Dia Fadila.
Nory telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta trofi.
Naib juara pula dimiliki oleh Dia Fadila dimana beliau juga dapat membawa pulang wang tunai RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.
Manakala peserta yang paling banyak peminat dan sebelum ini dijangka bakal menjuarai GV5 iaitu Zamani berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.
Amelina, Maya dan kumpulan duo Billy Zulkarnain masing-masing di tempat keempat, kelima dan keenam.
Kesemua persembahan dinilai oleh juri profesional tanpa sebarang undian daripada penonton. Tidak dinafikan konsert final GV5 kali ini agak mantap. Cuma, keputusan malam ini memang tidak dijangka dan agak mengejutkan. Bagaimanapun, kami yakin setiap peserta sudah memberikan yang terbaik.