(TAHNIAH) Nassier Wahab Terima Gelaran Datuk

Hiburan

(TAHNIAH) Nassier Wahab Terima Gelaran Datuk

Penyanyi popular, Nassier Wahab semalam telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dalam majlis penganugerahan yang  berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Advertisement

Bersyukur atas kurniaan yang diterima, Datuk Nassier bagaimanapun masih bersikap rendah diri dan tidak kisah jika ada yang tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut dan hanya ingin dikenali sebagai Nassier sama seperti sebelum ini.

Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.  Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini. Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah.

Tahniah kami ucapkan kepada Nassier Wahab atas gelaran Datuk yang diterima. Kami juga puji sikap rendah diri ataupun low profile Nassier. Semoga rezeki beliau dalam bidang seni juga turut bertambah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...