(TAHNIAH) Nak Fokus Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Ai Wahida Nikah Dengan Jejaka TikTok

Hiburan

(TAHNIAH) Nak Fokus Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Ai Wahida Nikah Dengan Jejaka TikTok

Penyanyi Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan,23, dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya pada hari ini, 1 November 2021.

Ai Wahida
3 years ago

Penyanyi Ai Wahida Disihir Orang Terdekat, Muntah Keluar Jarum Dan Paku Berpuluh Batang

Advertisement

Ai Wahida atau lebih mesra disapa sebagai Wawa memilih Muhammad Syafiq yang dikenalinya menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu.

Jelas Wawa, dia dan Syafiq telah melansungkan majlis pertunangan pada 10 Oktober tahun lepas setelah dua bulan berkenalan di aplikasi popular itu.

Majlis perkahwinan yang diadakan secara ringkas itu dilangsungkan di Pejabat Agama Johot Bahru, Johot pada jam 9 pagi tadi.

Ia hanya dihadiri keluarga dan sahabat handai terdekat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Turut mendedahkan sifat peribadi suaminya itu, Wawa memberitahu bahawa Syafiq sangat memahami dan sentiasa menyokong apa jua yang dilakukannya.

Dia sangat supportive dengan apa je yang Wawa buat sebab saya dalam proses nak berhijrah, nak ubah penampilan. Kalau ada orang kecam dia yang selalu supoort. Dia terima baik buruk Wawa ni walaupun saya baru nak mendalami agama.

Dalam pada itu, Wawa juga meluahkan hasrat untuk bersara daripada dunia hiburan dan telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Ini berikutan kontraknya bersama syarikat rakaman Rusa Music sudahpun berakhir dan hanya ingin fokus kepada kehidupan rumah tangga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...