Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang bakal menimang cahaya mata pertama bersama tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsikan oleh Mawar sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin #BabyRadenR.
Menerusi rancangan MeleTOP Selasa lalu, Mawar juga mengesahkan beliau kini sedang hamil dua bulan. Rata-rata peminat juga turut merasa gembira dengan pengumuman tersebut. Selain mengucapkan tahniah kepada Mawar dan suami, mereka juga mendoakan kesejahteraan beliau.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.