Selepas menempuhi pelbagai cabaran, penyanyi popular Sufian Suhaimi akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Menerusi akaun Instagramnya, Sufian merasa sangat bersyukur dengan kurniaan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan untuk beliau menghabiskan pengajiannya. Buat Sufian, ijazah sarjana ini adalah hadiah yang terbaik dapat beliau berikan kepada kedua ibu bapanya.
Rata-rata netizen juga mengucapkah tahniah kepada Sufian dan berharap agar beliau akan terus sukses.
Bagaimanapun, Sufian tidak berhasrat untuk menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam masa terdekat meskipun sudah mendapat tawaran daripada beberapa universiti.