(TAHNIAH) Lagu Haram Hael Husaini Dan Dayang Nurfaizah Juara AJL33

Hiburan

(TAHNIAH) Lagu Haram Hael Husaini Dan Dayang Nurfaizah Juara AJL33

Seperti yang dijangka ramai, kali ini Hael Husaini sekali lagi muncul sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) menerusi lagu Haram ciptaan beliau sendiri dan lirik oleh Ezra Kong.

Advertisement

Nyanyian bersama Dayang Nurfaizah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.

Naib Juara pula milik lagu Bunga ciptaan  Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim dan dinyanyikan oleh Ara Johari. Mereka menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula adalah lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar. Mereka menerima wang tunai RM20,000 dan trofi.

Membuatkan ramai orang menitiskan air mata dengan nyanyian penuh penghayatan, penyanyi Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu memenangi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang wang tunai RM12,000 trofi dan sebuah telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9. Misha Omar juga turut berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik, dan telah membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

AJL 33 bersiaran secara langsung di Axieta Arena, Bukit Jalil dan dihoskan oleh Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...