(TAHNIAH) Kaka Azraff Hamil Anak Kedua, Suami Pula Yang Mengidam Durian

Hiburan

(TAHNIAH) Kaka Azraff Hamil Anak Kedua, Suami Pula Yang Mengidam Durian

Penyanyi Kaka Azraff memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan berada dalam trimester pertama.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Binti Noor Azraff,32, berkata kehamilan kedua ini lebih baik kerana telah mempunyai pengalaman berbadan dua sebelum ini.

Advertisement

Kaka dan suami
3 years ago

Sanggup Buat Suami Cemburu, Cara Kaka Azraff Pujuk Supaya Muncul Dalam MV Terbaru, Janjiku

Ujarnya lagi, meskipun sering berasa mual dan muntah hampir setiap jam, dia lebih memilih untuk berfikiran positif agar proses kehamilan berjalan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Katanya lagi, Kaka mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui dirinya mempunyai ‘isi’ namun mula perasan ketika suaminya, Adam tiba-tiba sahaja mengidam dan kerap menjamah durian.

Mungkin juga dahulu saya tiada pengalaman, jadi susah hendak mengawalnya. Kebanyakan masa terbaring saja. Yang menariknya, saya tidak tahu saya hamil, pelik kerana suami asyik mengidam dan kerap membeli durian. Berbeza dengan kehamilan pertama, saya mahu berkongsi kepada semua namun dalam bentuk sederhana.

Menyentuh soal jantina anak, Kaka memaklumkan bahawa dia dan suami tidak memilih asalkan bayi yang bakal lahir sihat walafiat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Sekadar info, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aslan yang dilahirkan pada Oktober 2019.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...