Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Indah Ruhaila yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Centre, Subang Jaya semalam.
Difahamkan, Indah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat sahaja.
Indah dalam satu kenyataan meluahkan rasa syukur kerana semua perancangan pernikahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup atas pemintaan keluarga.
Saya perlu menghormati permintaan kedua kedua-dua pihak. Tiada niat untuk menyembunyikan apa-apa. Saya harap semua memahami keputusan ini. Terima kasih kerana terus menyokong karier saya.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Indah dan pasangan, semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan dilimpahi dengan kebahagiaan serta kekal sehingga ke jannah.