(TAHNIAH) Indah Ruhaila Sah Bergelar Isteri Kepada Ahmad Shariff

Hiburan

(TAHNIAH) Indah Ruhaila Sah Bergelar Isteri Kepada Ahmad Shariff

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Indah Ruhaila yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Centre, Subang Jaya semalam.

Advertisement

Difahamkan, Indah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat sahaja.

Indah  dalam satu kenyataan meluahkan rasa syukur kerana semua perancangan pernikahan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup atas pemintaan keluarga.

Saya perlu menghormati permintaan kedua kedua-dua pihak. Tiada niat untuk menyembunyikan apa-apa. Saya harap semua memahami keputusan ini. Terima kasih kerana terus menyokong karier saya.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Indah dan pasangan, semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan dilimpahi dengan kebahagiaan serta kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Seth & Luna Studio

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...