(TAHNIAH) Hafiz Suip Bakal Bergelar Bapa, Isteri Sah Hamil 11 Minggu

Hiburan

(TAHNIAH) Hafiz Suip Bakal Bergelar Bapa, Isteri Sah Hamil 11 Minggu

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip yang bakal bergelar bapa selepas setahun mendirikan rumah tangga. Isterinya, Nureffy kini disahkan hamil 11 minggu. Teruja dengan berita tersebut, Hafiz menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik video sewaktu isterinya menjalani pemeriksaan kandungan.

Advertisement

Memang rasa sangat teruja apabila dapat tahu isteri mengandung pada beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama. Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal.

Hafiz juga memberitahu beliau turut mengalami alahan yang teruk dan kerap muntah sama seperti isterinya. Namun, kini alahan yang dialami oleh Nureffy sudah berkurangan.

Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin hari semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung yang sentiasa rasa mual. Malah, saya mengalami alahan dan muntah-muntah seperti dia. Sekarang saya perlu fikir tentang keadaan kesihatan dan menjaga makan minum isteri dengan baik.

Hafiz Suip dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan bayi sulung pasangan ini dijangka lahir pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...