(TAHNIAH) Hael Husaini Juara AJL 32 Menerusi Lagu Jampi

Hiburan

(TAHNIAH) Hael Husaini Juara AJL 32 Menerusi Lagu Jampi

Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32)  dengan tema fesyen dan muzik di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tahun ini sejujurnya AJL 32 ada nampak meriahnya dengan gandingan hos Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad yang tidak membosankan dan bertenaga.

Advertisement

Malah, para finalis AJL 32 juga berusaha memberikan persembahan yang terbaik sehingga ada yang mendapat “standing ovation”.  Malah, rata-rata netizen berpuas hati kerana anugerah tersebut  tahun ini tidak dipenuhi dengan iklan produk kosmetik “terlampau” daripada penaja. Heh..

Tahun ini Hael Husaini sudah berjaya “menjampi” seluruh Malaysia dan muncul sebagai juara AJL 32. Lagu Jampi nyanyian beliau sememangnya popular dan menjadi siualan ramai kini.

Berikut adalah keputusan penuh AJL 32 :-

JUARA: Hael Husaini (Jampi)
NAIB JUARA: Faizal Tahir  (Sejati)
TEMPAT KETIGA: Haqiem Rusli ( Tergantung Sepi)
VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)

Walaupun tahun ini majoriti finalis merupakan bakat baru dalam industri, tetapi mereka sudah membuktikan bahawa mereka juga boleh tampil dengan persembahan yang agak berkualiti. Semoga selepas ini makin ramai penyanyi yang bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terus memantapkan lagi industri muzik tempatan. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL 32? Kongsikan pendapat anda dibawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...