Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Sedang Hamil Anak Keempat

fizz fairuz cahaya mata keempat

Tahniah diucapkan kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz yang berkongsi berita gembira dia dan isteri, Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keeempat pada tahun depan.

almy nadia hamil lagi

Advertisement

Fizz menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa gembira apabila Almy disahkan hamil sembilan minggu dan turut memuat naik imej imbasan kandungan isterinya.

Buat Fizz, ia adalah hadiah terindah dan rezeki daripada Allah SWT yang cukup istimewa bersempena tahun baru ini.

fizz fairuz almy nadiafizz fairuz anak 2020

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 10 tahun.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Fizz dan Almy, semoga ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa. Lebih meriahlah keluarga mereka selepas ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. biarbetik

    January 2, 2020 at 4:33 pm

    Biarla Fizz ni nampak baik…agaknya mereka nak anak lelaki…Tahniah :)

  2. gampang

    January 2, 2020 at 12:37 pm

    Parents yg anak ramai ni golongan minda cetek dan tak berpandangan jauh. Kos saraan kian meningkat di masa akan datang. Kerajaan tak mampu memberi biasiswa kepada semua dan kos pembelajaran swasta amatlah tinggi. Secara purata untuk degree perlu ada dalam rm60k hingg ke rm80k. Kalau empat orang anak dah kena ada dalam bank rm 300k. Tu pun belum tentu dapat keje selepas tamat belajar. Lepas tu nak gi bercuti, kirim salam le nak tengok dunia, tiket kapal terbang sorang pun belum tentu lepas. Duit exchange rate malaysia dah semakin susut. Tak lama lagi nak melawat indon pun mahal

  3. Suraya

    January 2, 2020 at 12:28 pm

    ni spesis subsidi kerajaan, nanti bila anak nak masuk universtiti baru lah tau betapa mahal nak bagi anak pelajaran. Sure tagih biasiswa, lepas tu masuk programme merapu anak keluar tak ada keje sebab tak berkualiti. Tengok bangsa asing tak harap duit kerajaan hantar overseas, balik keje power2. Ye saya agree dgn ustaz tu, anak ramai tapi tak ada quality. Minda kolot

  4. Nisa

    January 2, 2020 at 11:33 am

    Betul kata awak. Saya nak tambah sikit. Saya oun anak ramai macam awak. Orang yang abak ramai ni hebat sebab kami rajin setiap hari. Urus anak, suami, rumah, kerja & sambil boleh jaga hubungan dengan kawan². Bukan macam penghina orang tu, tidak serajin kami. Rajin menghina je..kasihan hahah

  5. Anonymous

    January 2, 2020 at 11:14 am

    fairuz ni datuk…datuk mesti byk wang..apa kisah..10 org anak pun mmpu.

Loading...
To Top