Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan oleh Fizz sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto alat ujian kehamilan. Buat Fizz, ia adalah hadiah paling istimewa bersempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat.
Rata-rata peminat turut teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk Fizz dan Almy.
Sebelum ini, pasangan ini sudah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 3 dan Aurora, 1. Siapa tahu kali ini ada rezeki mereka untuk dapat anak lelaki pula? Doakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.