(TAHNIAH) Elly Mazlein Selamat Bertunang

Hiburan

(TAHNIAH) Elly Mazlein Selamat Bertunang

Jutaan tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein yang kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur tengah hari tadi.

elly mazlein bertunangMajlis pertunangan itu disempurnakan oleh ibu Azlan, Zaiton Abdullah yang menyarungkan cincin di jari manis Elly.

Advertisement

Mengenakan busana berwarna hijau pastel di atas pelamin, Elly kelihatan begitu cantik dan anggun sekali.

Terdahulu, Elly dirisik bakal suaminya yang berasal dari Kelantan pada 19 Oktober lalu selepas berkenalan pada Ogos tahun lalu. Mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 17 Januari tahun hadapan.

Semoga segala perancangan serta persiapan untuk majlis perkahwinan mereka nanti berjalan lancar.

Kredit Foto : Azrul Rafie

Kredit Video : Official Ria X

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...