(TAHNIAH) Bekas Isteri Da’i Farhan Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Hiburan

(TAHNIAH) Bekas Isteri Da’i Farhan Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Kemelut rumah tangga Da’i Farhan memang cukup hangat diperkatakan dan umum mengetahui dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Terbaru, bekas isteri Farhan telah berkongsikan detik gembira, dimana dia telah selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki pada tanggal 5 Januari 2020.

Advertisement

da'i farhan timang anak lelaki

Farhan menerusi akaun Instagram turut memuat naik foto dia sedang menggendong anaknya. Pendakwah bebas itu meluahkan rasa syukur atas kurniaan terindah itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya itu.

Terdahulu, pernikahan kedua Farhan bersama Dr Erin yang berlangsung di Tanah Suci Makkah itu mengundang kecaman ramai apabila timbul dakwaan mengatakan ikatan tersebut tidak diketahui isteri pertama. Pelbagai spekulasi dan kontroversi tercetus dan kemudian Farhan mengakui sudah menceraikan Fatin dengan talak satu melalui  rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 December 2019.

da'i farhan

Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia 1 tahun 5 bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...