(TAHNIAH) Ayu Raudhah Hamil Anak Keempat

Hiburan

(TAHNIAH) Ayu Raudhah Hamil Anak Keempat

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang bakal menimang cahaya mata keempat mereka tidak lama lagi.

Advertisement

Ayu menerusi akaun Instagramnya mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik foto beliau memegang ‘baby bump’ yang sudah semakin jelas kelihatan. Difahamkan usia kandungan sudah memasuki 19 minggu.

Rata-rata peminatnya begitu teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar kandungan Ayu membesar dengan sihat serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada pada 21 Januari 2011. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zuleykha, setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...