June 3rd, 2019

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki pada 31 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Hanif menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya tengah hari tadi.

Hanis meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan tersebut dan memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna. Kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada mereka. Tentunya Ramadhan dan Syawal kali pada tahun ini cukup bermakna buat Anzalna sekeluarga dengan kehadiran orang baharu.


17 responses to “(TAHNIAH) Anzalna Nasir Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki”

  1. minah senget says:

    Alhamdulillah & Congrats to both of you

  2. Anonymous says:

    alhamdulillah… suka tgk anzalna ni humble & sopan

    • Anonymous says:

      Humble? Bergambar dgn bakul berjenama siap disusun sana sini… melancung menunjuk2 kekayan humble apanya… sopan? Tuduh orang meroyan… kena kecam dan org boikot baru minta maaf itu pun tidak secara terang2…
      Tunggulah pembalasan

    • Anonymous says:

      Pendengki woii

    • kakikucinghitam says:

      a ahh diorg mmg humble n friendly sgt, husband dia pun baik je..

  3. Anonymous says:

    Harap bini mu tak meroyan ya, semoga murah rezeki dapat perempuan baru sebagai pendamping…

    • Pelik says:

      Sial hati hitam busuk mcm bau kubur. Mcm nak mati dah dia ni ckp mcm hantu x bermaruah. Harap ko rasa hina sebab ko memang hina.

  4. hahaha says:

    jadi kami harus ucap selamat hari raya ke?

    • Anonymous says:

      aper lah jenis manusia ko ni…. if u have nothing to say baik diam jer… mulut longkang

  5. bravoo_girl says:

    Alhamdulillah & Congrats to both of you…

Loading...