(TAHNIAH) Amar Baharin Dan Amyra Rosli Timang Cahaya Mata Lelaki

Hiburan

(TAHNIAH) Amar Baharin Dan Amyra Rosli Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli atas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada tengah hari tadi. Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram mereka.  Amyra melahirkan seorang bayi lelaki secara normal di Prince Court Medical Centre dan difahamkan Amar sentiasa disisi Amyra sejak isterinya itu dimasukkan ke wad bersalin.

Advertisement

Dalam pada itu, Amar juga sempat memuat naik foto jari bayi yang menambahkan lagi keterujaan peminatnya yang sudah tidak sabar untuk melihat kecomelan wajah anaknya itu.

Alhamdullillah segala proses bersalin berjalan dengan lancar dan bayi juga cukup sifatnya. Semestinya kehadiran cahaya mata ini memberikan seribu satu kebahagiaan buat Amar dan Amyra yang tidak mampu untuk diungkap dengan kata-kata. Semoga menjadi anak yang soleh..Amin..

Sumber Berita : Instagram Amar Baharin / Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...