(TAHNIAH) Aliff Syukri Dan Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki

Hiburan

(TAHNIAH) Aliff Syukri Dan Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah kami ucapkan kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida yang telah menimang cahaya mata keempat mereka petang tadi. Shahida melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15 kilogram secara normal di hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Advertisement

Berita gembira itu diumumkan oleh Aliff menerusi akaun Instagramnya. Malah, ibunya Rozita Ibrahim turut berkongsi video momen indah selepas cucunya itu dilahirkan.

Aliff dan isteri sepakat untuk menamakan anak mereka, Yusoff Al Qardawi bersempena dengan nama tokoh ulama dari Mesir yang cukup dihormati.

Sebelum ini, Aliff dan Shahida yang berkahwin pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, dan Ibraheem Adham. Kemudian, pada tahun lalu pasangan tersebut mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...